Friday 1 July 2011

::HIKMAH::

Daripada Abdullah bin Amru r.a Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tiadalah seorang muslim yang menghadiahkan kepada saudaranya satu hadiah daripada kalimah hikmah yang Allah tambahkan dengannya petunjuk hidayah daripada jatuh kebinasaan."


Mengikut Imam Ibn Qudamah al-Maqdidi:"Hikmah ialah gabungan antara ilmu dan amalan" Ibn Qutaibah menyatakan bahawa Tidaklah seseorang dinamakan hakim(bijaksana) sehingga digabungkan antara ilmu dan amalan. Hikamah juga bermaksud rahsia atau maksud yang tersirat yang kadang-kadang di luar jangkaan batasan akal manusia. Kita disuruh mengkaji sebab tetapi tidak disuruh mengkaji hikmah . Walaupun begitu kadang2 hikmah dapat difahami dan diketahui walaupun tidak secara keseluruhannya.

Dalam hadi di atas menyebut hikmah dengan maksud sunah Rasulullah s.a.w walaupun begitu ada ulama menamakan kitab mereka dengan Hikam seperti Ibn Ataillah al-sakandari bagi menggambarkan mutiara kata yang disusun diambil daripda sumber al-Quran, al-Hadis, sahabat dan ilham orang-orang soleh di samping tajribah alhaya atau pengalaman hidup. Sudah tentu manusia yang berbekalkan hikmah selamat kehidupan bahkan kebahagiaan sentiasa bersamanya kerana dia dapat menukar segala suasana yang tidak baik dan kesedihan menjadi penawar dan kegembiraan.

Dalam sebuah kisah teladan Abu al-Faraj al-Jauzi menceritakan sebuah cerita daripada Khlifah al-Mu'tashim. sekumpulan orang yang sedang menaiki kapal telah mendengar suara ghaib yang bergema di lautan:" Siapakah yang mahu memberikan kepadaku 10 ribu dinar, maka aku akan mengajar suatu kalimah apabila dibaca oleh orang yang ditimpa kesusahan maka Allah akan menolong dan menghilangkan musibahnya serta kesusahannya." Maka salah satu penumpang kapal berteriak" Wahai suara ghaib aku akan memberimu wang 10 ribu dinar makan ajarkanlah aku tentang kalimah tersebut."

Suara ghaib itu menjawab "Lemparkalah wang tersebut ke dalam laut sebaik sahaja wang itu dilemparkan maka suara ghaib tersebut berkata" Apabila engkau ditimpa musibah atau kesusahan maka bacalah surah al-Talaq ayat 2-3(iaiatu ayat seribu dinar)..Lelaki penumpang kapal tersebut kemudian bercerita:" Demi Allah setiap kali aku ditimpa musibah ataupun kesusahan kemudian aku membacanya dua ayat tersebut maka Allah pasti menolongku dan menghilangkan kesusahan dan musibah yang aku alami..."

Segala puji abagi Allah bila kita fikirkan disebalik kisah ini banyak hikmah dalam kehidupan yang kita tidak sedari yang kita sendiri tidak syukuri..

Mutiara Hikmah

Ilmu itu akan membuat hati menjadi lapang, meluaskan pandangan membuka cakerawala sehingga jiwa dapat keluar daripada berbagai-bagai keresahan, kegundahan dan kesedihan....


No comments:

Post a Comment