Monday 12 September 2011

Mencintai ALLAH

Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta kadangkala ada yang menuju syurga kerana cinta dan ada juga yang menuju ke neraka gara-gara cinta yang tidak berpaksikan agama. Setiap insan yang berperasaan pasti akan merasai cinta dan mencintai sesuatu. Cinta adalah perasaan halus yang dimiliki hati insan dan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian. Dalam Islam, cinta merupakan perkara utama dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ini kerana cinta Islam sendiri merupakan agama yang berasaskan cinta. Sabda Rasulullah s.a.w:

" Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang maka ia akan mendapat manisnya iman, yakni Allah dan RasulNya lebih ia cintai daripada yang lain, mencintai seseorang hanya kerana Allah dan benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka"
(HR.Bukhari dan Muslim)

Oleh demikian..Islam menyeru kepada cinta iaitu cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada agama, cinta kepada akidah juga cinta kepada makhluk sepertimana Allah menjadikan kecintaan suami dan isteri sebagai sebahgian tanda dan bukti kekuasaanya dalam ayat yang bermaksud:

" Dan di antara tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari kalangan kamu sendiri, supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka. dan dijadikan Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda bagi orang yang berfikir"
(Ar-Rum:21)

Jelaslah bahawa cinta adalah tanda kehidupan rohani dalam akidah mukmin sama ada dala kehidupan beragama, bersosial mahupun kepercayaan .Selain itu, iman dalam Islam ditegakkan berdasarkan cinta dan kasih sayang sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

" Demi Dzat yang diriku ada di tanganNya kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak akan beriman dengan sempurna dan kamu saling mencintai. Hendakkah aku tunjukkan kalian kepada sesuatu yang jika kalian lakukan kalian akan saling mencintai? sebarkalah salam di antara kalian"
(HR muslim)



~Abdikan dirimu mencintai Yang SATU..cinta yang tidak hampa atas pengharapan segalaNya...


Sunday 7 August 2011

Ramadhan & al-Quran: Dua Sahabat Yang Tidak Dapat Dipisahkan


Umpama dua sahabat yang saling menyayangi, begitu diibaratkan Ramadhan & al-Quran. Dua sahabat yang tidak dapat dipisahkan..

"Bulan Ramadhan itu kami turunkan al-Quran menjadi
 petunjuk kepada manusia dan menjadi keterangan yang
 menjelaskan perbezaan di antara benar dengan salah"
(Surah al-baqarah ayat 180)

Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan dari Luh Mahfuz ke langit dunia. Kemudian ia diturunkan kepada rasulullah secara berperingkat mengikut suasana dan peristiwa yang berlaku. Ramadhan dimuliakan oleh Allah dengan menurunkan al-Quran. Oleh sebab itu semasa Ramadhan Rasulullah membaca al-Quran dan bertadarus bersama malaikat Jibril.

Al-Quran dan Ramadhan mempunyai ikatan yang kuat. Sebab itu ketika pada musim Ramadhan wujud suasana yang baik dan perlu diteruskan iaitu amalan membaca al-Quran. Apabila kedengaran di masjid, surau malah di pejabat bergema suara umat Islam mengalunkan Kamullah. Tidak kurang juga yang turut serta dalam program tadarus al-quran yang dianjurkan oleh pihak masjid. Ada juga yang bersungguh-sungguh menghabiskan 30 juzuk al-Quran dalam bulan Ramadhan..

Mungkin sebelum ini sahabat2 bila tiba waktu tengahari masing2 menyerbu ke cafe atau kantin atau restoran . tapi Ramadhan telah mengubah suasana. Lebih ramai membuat pilihan terus ke masjid ataupun surau dan waktunya diisi dengan membaca al-Quran. tidak kurang juga bagi sesetengah orang baru membuka semula al-Quran setelah sekian lama tidak dibuka. Ada yang masih merangkak-rangkak dan tergagap membaca al-Quran disebabkan terlalu lama tidak membaca al-Quran.

Bagi yang masih belum lancar membaca al-Quran usah putus asa dan kecewa. Teruskan usaha kerana ia bukan perkara yang sia-sia malah digandakan pahala. Rasulullah berkata:

" Orang yang membaca al-Quran dan dia mahir dengan bacaan itu,
 dia bersama para malaikat, manakala orang yang membaca al-Quran  
dan dia tersangkut-sangkut dan sukar bagi dia membacanya dikurniakan
 baginya dua ganjaran"
( Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)


Sunday 31 July 2011

Monday 25 July 2011

Terapi Air Mata (2)




Air mata bukan milik orang-orang yang lemah..

:: Menangis bagi kaum lelaki dan wanita adalah cara yang paling berkesan untuk memperbaiki keadaan kesihatan. Malah menangis bukanlah tanda lemah dan tidak dewasanya seseorang, ia merupakan cara semulajadi untuk menghilangkan bahan2 yang membahayakan dari dalam tubuh yang keluar semasa dilanda rasa putus asa dan ketakutan...

Kajian doktor mengukuhkan bahawa otak bekerja mengeluarkan unsur2 kimia pada air mata yang menjadi tempat bersarangnya penyakit..Oleh sebab itu menangis dapat menambah jumlah degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang sangat berguna bagi menyekat rongga badan, urat2, dada dan kedua bahu..maka adalah wajar apabila menangis kecepatan jantung berdegup kembali ke asalnya semula hingga lahir perasaan tenang. Maka pandangan seseorang terhadap pelbagai permasalahan yang menggelisahkan dan mengkhuatiri dirinya menjadi lebih jelas...

Hasil kajian di atas melarang kita daripada menahan tangisan dan air mata. Ini adalah kerana ia, boleh mengakibatkan munculnya perasaan tertekan dan mengkibatkan munculnya perasaan tertekan dan tegang yang boleh menyebabkan berbagai penyakit seperti penyakit pening kepala dan luka perut...

Air mata...

Doktor Muna ar-rakhawi menyatakan bahawa dengan menangis seorang pesakit telah mula berjaya mengembalikan kemampuannya berjalan dan berbicara. Biasanya penyakit dalaman yang dia rasakan nampak dalam bentuk yang lebih jelas semasa menangis tersedu-sedu. Secara tidak langsung air mata mampu memberi impak yang positif kepada tubuh badan kita...subhanallah...

"Ketika seseorang menangis maka dia telah mengeluarkan semua beban yang berhimpitan di dalam hatinya..baik emosinya ataupun kesusahan jiwa.."



Monday 11 July 2011

Terapi Air Mata- (1)


" Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah s.w.t.."
(HR.Ahmad & An-nisa'i)

Kategori air mata menurut pandangan Ibnu Qayyim:

1. Tangisan rahmat dan kasih sayang
2. Tangisan takut dan kebimbangan
3. Tangisan cinta dan rindu
4. Tangisan gembira dan Bahagia
5. Tangisan putus asa
6. Tangisan sedih
7. Tangisan kelemahan dan ketidakupayaan
8. Tangisan kemunafikan
9.Tangisan kepalsuan
10.Tangisan persetujuan

Di antara tujuh golongan yang Allah s.w.t lindungi di dalam naungan Allah pada hari di mana tidak ada tempat bernaung terkecuali  naungan-NYA iaitu seorang lelaki yang berzikir kepada Allah s.w.t di tempat yang sunyi lalu kedua-dua matanya dibasahi dengan air mata...Rasulullah juga menjadi makhluk teragung menangis  semasa menghadapi beberapa peristiwa..air mata baginda sentiasa mengalir apabila takut dan bimbang akan nasib umatnya setiap kali membaca al-Quran..Tidak salah untuk menangis samaada seorang wanita apatah lagi seorang lelaki ..bahkan sebaliknya hati akan berasa tenang dan persaan akan berasa damai...

Menangis merupakan cara yang paling berkesan untuk memperbaiki keadaan kesihatan..menangis bukanlah tanda lemah dan tidak matangnya keperibadiaan seseorang..

Friday 1 July 2011

::HIKMAH::

Daripada Abdullah bin Amru r.a Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tiadalah seorang muslim yang menghadiahkan kepada saudaranya satu hadiah daripada kalimah hikmah yang Allah tambahkan dengannya petunjuk hidayah daripada jatuh kebinasaan."


Mengikut Imam Ibn Qudamah al-Maqdidi:"Hikmah ialah gabungan antara ilmu dan amalan" Ibn Qutaibah menyatakan bahawa Tidaklah seseorang dinamakan hakim(bijaksana) sehingga digabungkan antara ilmu dan amalan. Hikamah juga bermaksud rahsia atau maksud yang tersirat yang kadang-kadang di luar jangkaan batasan akal manusia. Kita disuruh mengkaji sebab tetapi tidak disuruh mengkaji hikmah . Walaupun begitu kadang2 hikmah dapat difahami dan diketahui walaupun tidak secara keseluruhannya.

Dalam hadi di atas menyebut hikmah dengan maksud sunah Rasulullah s.a.w walaupun begitu ada ulama menamakan kitab mereka dengan Hikam seperti Ibn Ataillah al-sakandari bagi menggambarkan mutiara kata yang disusun diambil daripda sumber al-Quran, al-Hadis, sahabat dan ilham orang-orang soleh di samping tajribah alhaya atau pengalaman hidup. Sudah tentu manusia yang berbekalkan hikmah selamat kehidupan bahkan kebahagiaan sentiasa bersamanya kerana dia dapat menukar segala suasana yang tidak baik dan kesedihan menjadi penawar dan kegembiraan.

Dalam sebuah kisah teladan Abu al-Faraj al-Jauzi menceritakan sebuah cerita daripada Khlifah al-Mu'tashim. sekumpulan orang yang sedang menaiki kapal telah mendengar suara ghaib yang bergema di lautan:" Siapakah yang mahu memberikan kepadaku 10 ribu dinar, maka aku akan mengajar suatu kalimah apabila dibaca oleh orang yang ditimpa kesusahan maka Allah akan menolong dan menghilangkan musibahnya serta kesusahannya." Maka salah satu penumpang kapal berteriak" Wahai suara ghaib aku akan memberimu wang 10 ribu dinar makan ajarkanlah aku tentang kalimah tersebut."

Suara ghaib itu menjawab "Lemparkalah wang tersebut ke dalam laut sebaik sahaja wang itu dilemparkan maka suara ghaib tersebut berkata" Apabila engkau ditimpa musibah atau kesusahan maka bacalah surah al-Talaq ayat 2-3(iaiatu ayat seribu dinar)..Lelaki penumpang kapal tersebut kemudian bercerita:" Demi Allah setiap kali aku ditimpa musibah ataupun kesusahan kemudian aku membacanya dua ayat tersebut maka Allah pasti menolongku dan menghilangkan kesusahan dan musibah yang aku alami..."

Segala puji abagi Allah bila kita fikirkan disebalik kisah ini banyak hikmah dalam kehidupan yang kita tidak sedari yang kita sendiri tidak syukuri..

Mutiara Hikmah

Ilmu itu akan membuat hati menjadi lapang, meluaskan pandangan membuka cakerawala sehingga jiwa dapat keluar daripada berbagai-bagai keresahan, kegundahan dan kesedihan....


Tuesday 7 June 2011

::Bicara Hikmah:: -Iman-


"Iman Ibarat air laut yang kadangkala pasang surut, oleh itu berusahalah supaya iman terus bertambah"
(Hukamak)

"Sesungguhnya orang2 beriman itu apabila disebut nama Allah, hati mereka penuh ketakutan dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, keimanan mereka semakin bertambah kerananya dan mereka menyerah diri kepada Tuhannya"
(Al-Quran)

"Bukan pula iman itu semata-mata mengetahui erti dan hakikat ima, kerana banyak orang yang mengetahui hakikat iman padahal mereka tidak beriman"
(Fuqahak)


"Akidah atau iman urusan wajib bagi hati unyuk membenarkannya, dan kerananya hati menjadi tenteram sehingga timbul keyakinan yang tetap yang tidak bercampur oleh ragu dan syak wasangka"
(Ibn Taimiyah)

"Orang yang beriman itu merasa bahawa seluruh alam ini berkhidmat kepadanya, para malaikat sentiasa mengawalnya, Tuhan penguasa alam ini selalu bersama dengannya"
(Yusuf al-Qardawi)