Sunday 7 August 2011

Ramadhan & al-Quran: Dua Sahabat Yang Tidak Dapat Dipisahkan


Umpama dua sahabat yang saling menyayangi, begitu diibaratkan Ramadhan & al-Quran. Dua sahabat yang tidak dapat dipisahkan..

"Bulan Ramadhan itu kami turunkan al-Quran menjadi
 petunjuk kepada manusia dan menjadi keterangan yang
 menjelaskan perbezaan di antara benar dengan salah"
(Surah al-baqarah ayat 180)

Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan dari Luh Mahfuz ke langit dunia. Kemudian ia diturunkan kepada rasulullah secara berperingkat mengikut suasana dan peristiwa yang berlaku. Ramadhan dimuliakan oleh Allah dengan menurunkan al-Quran. Oleh sebab itu semasa Ramadhan Rasulullah membaca al-Quran dan bertadarus bersama malaikat Jibril.

Al-Quran dan Ramadhan mempunyai ikatan yang kuat. Sebab itu ketika pada musim Ramadhan wujud suasana yang baik dan perlu diteruskan iaitu amalan membaca al-Quran. Apabila kedengaran di masjid, surau malah di pejabat bergema suara umat Islam mengalunkan Kamullah. Tidak kurang juga yang turut serta dalam program tadarus al-quran yang dianjurkan oleh pihak masjid. Ada juga yang bersungguh-sungguh menghabiskan 30 juzuk al-Quran dalam bulan Ramadhan..

Mungkin sebelum ini sahabat2 bila tiba waktu tengahari masing2 menyerbu ke cafe atau kantin atau restoran . tapi Ramadhan telah mengubah suasana. Lebih ramai membuat pilihan terus ke masjid ataupun surau dan waktunya diisi dengan membaca al-Quran. tidak kurang juga bagi sesetengah orang baru membuka semula al-Quran setelah sekian lama tidak dibuka. Ada yang masih merangkak-rangkak dan tergagap membaca al-Quran disebabkan terlalu lama tidak membaca al-Quran.

Bagi yang masih belum lancar membaca al-Quran usah putus asa dan kecewa. Teruskan usaha kerana ia bukan perkara yang sia-sia malah digandakan pahala. Rasulullah berkata:

" Orang yang membaca al-Quran dan dia mahir dengan bacaan itu,
 dia bersama para malaikat, manakala orang yang membaca al-Quran  
dan dia tersangkut-sangkut dan sukar bagi dia membacanya dikurniakan
 baginya dua ganjaran"
( Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)


No comments:

Post a Comment