Monday 12 September 2011

Mencintai ALLAH

Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta kadangkala ada yang menuju syurga kerana cinta dan ada juga yang menuju ke neraka gara-gara cinta yang tidak berpaksikan agama. Setiap insan yang berperasaan pasti akan merasai cinta dan mencintai sesuatu. Cinta adalah perasaan halus yang dimiliki hati insan dan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian. Dalam Islam, cinta merupakan perkara utama dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ini kerana cinta Islam sendiri merupakan agama yang berasaskan cinta. Sabda Rasulullah s.a.w:

" Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang maka ia akan mendapat manisnya iman, yakni Allah dan RasulNya lebih ia cintai daripada yang lain, mencintai seseorang hanya kerana Allah dan benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka"
(HR.Bukhari dan Muslim)

Oleh demikian..Islam menyeru kepada cinta iaitu cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada agama, cinta kepada akidah juga cinta kepada makhluk sepertimana Allah menjadikan kecintaan suami dan isteri sebagai sebahgian tanda dan bukti kekuasaanya dalam ayat yang bermaksud:

" Dan di antara tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari kalangan kamu sendiri, supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka. dan dijadikan Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda bagi orang yang berfikir"
(Ar-Rum:21)

Jelaslah bahawa cinta adalah tanda kehidupan rohani dalam akidah mukmin sama ada dala kehidupan beragama, bersosial mahupun kepercayaan .Selain itu, iman dalam Islam ditegakkan berdasarkan cinta dan kasih sayang sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

" Demi Dzat yang diriku ada di tanganNya kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak akan beriman dengan sempurna dan kamu saling mencintai. Hendakkah aku tunjukkan kalian kepada sesuatu yang jika kalian lakukan kalian akan saling mencintai? sebarkalah salam di antara kalian"
(HR muslim)



~Abdikan dirimu mencintai Yang SATU..cinta yang tidak hampa atas pengharapan segalaNya...


No comments:

Post a Comment